CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 17, 2011

kehidupan part 2

KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN AIR KOPI

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ...ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

Sunday, May 15, 2011

KEHIDUPAN...

KEHIDUPAN hanya bererti jika kita sendiri yang mencurahkan luhur makna ke dalamnya. Apakah yang kita inginkan dalam—atau dari—kehidupan? Sesekali duduk bergoncang dalam elarti, atau jalan berhenjut di celah khalayak, atau khayal tersengguk dalam kereta api, kita bertanya teka-teki ini. Sudahkah diisi kehidupan dengan makna? Sudah? Belum? Sangatlah murni pertanyaan falsafi—sangat menguji, sangat bermimpi...
Benar, kehidupan akan hanya bererti jika insan sendiri yang berupaya mencurahkan makna ke dalam cangkir usianya. Yang rendah, menjengkit; yang tinggi, menunduk. Begitu pesan datuk nenek. Tapi, kita tidak bakal tahu juga apa maksudnya makna selagi kita masih terlupa menyanjungi amanah khalifah di bumi.~A.SAMAD SAID~

Thursday, September 2, 2010

Cloth Diapers

Cloth Diapers @ Lampin Kain Moden..pilihan c mommies lagi jimat sesuai untuk semua bby..byk advantagenya.Berbaloi dan pada harga yg sepatutnya..jom kita bertukar ke Lampin Kain Moden JIMAT!!!

Antara jimat,kedekut dan membazir??

hard to say, tapi itu la hakikat nya ramai org persoalkan mo jimat tu sama ja ma istilah kedekut..apa salah nya kan sesekali kita kedekut baru lah jimat..jangan membazir! tapi istilah ni kadang2 bukan semua org mo terima.jimat tu amalan yg baik tuk semua,hidup biar berpada-pada..ukur baju d badan sndiri..
Terkadang kita terikut2 dan ada juga yg yg mo tunjuk accent tapi b'baloi kah kalo gaya lebih tapi poket kosong..
Habis duit abis gaji - kalo abis tuk simpanan pa salahnya tuk masa depan kita at least ada simpanan tuk kecemasan.10% dari gaji stiap bulan tuk simpanan pun memadai.
sikap sesetengah org, berbelanja tuk beli pakaian & barang2 mahal betul2 membazir..

Sunday, August 22, 2010

My Little Hero!!!


c cumil2..love u always!!